DUAL AFRICA

Mauritius | South Africa

JELAJAH

BERMULA

Apa yang MENARIK tentang trip ini?

Itinerary ini berbeza kerana menggabungkan dua destinasi eksklusif (Mauritius dan Afrika Selatan) dalam satu perjalanan yang tidak tergesa-gesa.

Gabungan pengalaman pulau tropika, keindahan Cape Peninsula, Table Mountain, Whale Route, Garden Route, Panorama Route dan “The Special One” Kruger National Park dapat dinikmati.

Setiap aktiviti dipilih untuk memberikan pengalaman yang lebih bermakna dan berbeza, bukan sekadar melawat lokasi biasa.

Sepanjang pengembaraan, Tour Leader dari Malaysia yang sentiasa bersedia membantu dan memudahkan sebarang urusan, termasuk kecemasan sepanjang perjalanan.

Dengan susunan perjalanan yang teratur, aktiviti yang berkualiti dan pengawasan yang profesional, itinerary ini menawarkan pengalaman “all-in-one” yang selesa dan penuh berbeza.

Siapa yang sesuai untuk “JOIN”?

Mereka nak reward diri lepas bertahun kerja, nak rasa “once-in-a-lifetime” trip, atau nak travel dengan tenang tapi tetap classy.

First time nak travel? Trip ni memang sesuai untuk anda. Anda hanya santai, semuanya akan diurus sepanjang trip dan ada Asisstant dari Malaysia untuk menemani anda, dan pemandangan yang memukau.

Traveller pro? Dah biasa Travel tapi trip ni akan “level-up” untuk checklist trip anda. Aktiviti disini unik, itinerary lengkap dan menyeluruh, “whale watching” & safari Big Five hunting.

MEMORI Trip

Gambar Peserta Sepanjang Trip

Jom Explore

JADUAL PERJALANAN (Itinerary) untuk trip ke South Africa selama 12 hari 10 malam

DAY 1

Para peserta berkumpul di KLIA 1 pada belah petang, tiga jam sebelum berlepas ke Mauritius International Airport (MRU).

Perjalanan mengambil masa 7 jam sebelum mendarat di Mauritius International Airport (MRU). Kita akan tiba pada hari yang sama kerana perbezaan waktu antara negara

Selepas urusan imigresen dan bagasi di belah petang, kita dibawa menaiki kenderaan khas menuju ke hotel pilihan.

Sepanjang perjalanan, kita dapat melihat pepohon palma, pantai indah, dan suasana yang terasa seperti percutian mewah.

DAY 2

Kita memulakan pengembaraan ke Utara Mauritius, bermula dengan Pamplemousses Botanical Garden disana dipenuhi teratai gergasi dan pokok palma eksotik.

Perjalanan diteruskan ke Caudan Waterfront, kawasan tepi laut penuh warna dan bergambar di ikon ‘umbrella alley’, sebelum naik ke Citadel Fort untuk menikmati pemandangan 360° bandar Port Louis.

Setiap perhentian kita menggabungkan alam, sejarah dan budaya yang hidup.

Petang pula diteruskan di Port Louis Bazaar, aroma rempah dan pelbagai kraftangan dijual disitu, membuatkan kita rasa lebih dekat dengan budaya Mauritius.

Hari berakhir di Chateau de Labourdonnais, rumah kolonial elegan yang dipelihara keindahannya.

DAY 3

Pagi ini kita menikmati masa Free & Easy di Mauritius—sekadar berjalan santai di kawasan hotel, menikmati angin laut dan pemandangan pantai yang tenang sebelum meninggalkan pulau Mauritius yang indah ini.

Beberapa jam kemudian, Kita menuju ke Mauritius Airport (MRU) untuk penerbangan antarabangsa seterusnya menuju Cape Town, destinasi kedua yang menarik didalam trip Dual Africa.

Setibanya di Cape Town (CPT), kita akan melihat gabungan gunung, laut, dan bandar yang hidup. Setelah melalui imigresen dan mengambil bagasi, kita dibawa terus ke hotel untuk check-in.

DAY 4

Kita memulakan jelajah di Cape Town & Cape Peninsula. Destinasi pertama adalah Bo-Kaap, kawasan ikonik dengan rumah-rumah berwarna terang yang membuatkan kita terasa seperti berjalan dalam poskad hidup.

Perjalanan diteruskan ke Camp’s Bay, pantai mewah berlatarbelakangkan Twelve Apostles, sebelum melalui laluan epik Hout Bay dan Chapman’s Peak Drive, salah satu coastal drive tercantik.

Selepas Itu, Kita menuju ke Simon’s Town dan kemudian ke Boulders Beach, tempat kita akhirnya melihat penguin Afrika dari jarak dekat—comel, jinak, dan sangat unik.

Hentian terakhir adalah Miller’s Point sebelum kembali ke bandar untuk menikmati suasana V&A Waterfront. Di sini kita boleh menaiki Harbour Cruise (ZAR 330), menyusuri perairan dengan pemandangan Table Mountain sebagai latar.

DAY 5

Hari ini kita menuju ke ikon teragung Cape Town,Table Mountain. Naik cable car sambil perlahan-lahan melihat bandar, lautan, dan formasi gunung terbentang di bawah membuatkan kita rasa kecil tapi takjub.

Dari puncak, pemandangannya sangat luar biasa—angin sejuk, langit biru, dan panorama 360° yang memang cantik. Selesai turun, perjalanan diteruskan menyusuri Whale Route, laluan pesisir yang penuh pemandangan dramatik dan tenang.

Sepanjang route, kita akan singgah di African Penguins Reserve untuk melihat koloni penguin dari dekat. Kemudian di Hermanus, bandar kecil tepi laut yang terkenal sebagai lokasi terbaik untuk melihat paus.

Pilihan peserta untuk, menaiki bot untuk Whale Watching Tour, satu pengalaman yang sukar digambarkan bila nampak paus muncul dari permukaan air hanya beberapa meter dari bot.

DAY 6

Hari ini perjalanan bermula dengan perjalanan darat menuju Mossel Bay, melalui kawasan ladang yang luas dan menghijau, pemandangan yang tenang, seolah-olah Afrika Selatan menunjukkan sisi lembutnya.

Setibanya di Mossel Bay, kita akan singgah di Santos Beach, pantai yang terkenal dengan suasana santai dan ombak lembut.

Perjalanan diteruskan ke Oudtshoorn untuk memasuki Cango Caves, salah satu gua batu kapur terbesar dan paling menakjubkan di dunia.

Struktur stalaktit dan stalagmit yang terbentuk selama ribuan tahun benar-benar mengagumkan.

Selepas selesai tour, kita meneruskan perjalanan melalui Outeniqua Pass, laluan berbukit yang dipenuhi pemandangan hijau subur dan lembah yang dalam.

DAY 7

Hari ini kita menyusuri laluan ikonik Garden Route, antara perjalanan darat tercantik di Afrika Selatan.

Hentian pertama ialah Redberry Farm, tempatuntuk kita petik buah segar sendiri, aktiviti ringkas tapi menyeronokkan.

Perjalanan diteruskan ke Knysna Head, sebuah tebing menghadap lautan dan lagun, pemandangannya betul-betul menenangkan.

Seterusnya, kita singgah di Plettenberg Bay, sebuah bandar pantai cantik dengan suasana santai dan air laut yang jernih.

Di belah petang, kita bergerak ke Port Elizabeth (PLZ) Airport untuk penerbangan menuju Johannesburg (JNB). Setibanya di Johannesburg, kita menuju ke hotel untuk check-in dan berehat.

DAY 8

Hari ini kita bergerak melalui Panorama Route, sepanjang perjalanan menyusuri Panorama Route, pemandangan yang terbentang luas di depan mata akan membuat kita terpegun. Angin sejuk gunung menghembus sewaktu berdiri di Three Rondavels View Point, melihat formasi batu megah yang seakan menjaga lembah di bawahnya.

Di Bourke’s Luck Potholes, air yang mengalir melalui bentuk batuan berpusar membuatkan ia menjadi tumpuan bagi setiap pelancong.

Setiap hentian, termasuk Lisbon Falls, mempamerkan keindahan alam yang berbeza berbanding negara lain.

Di belah petang kita akan singgah di Sabie, sebuah pekan pekan yang damai, kedai kecil, bau kopi panas, dan pemandangan hijau mewarnai sekitar.

Selepas seharian menikmati alam, kita akan ke Mbombela, pemandangan yang cantik dan berbeza dengan yang lain.

DAY 9

Selepas subuh kita bergerak ke Kruger National Park—suasana masih gelap, tapi udara sejuk dan bau tanah basah buat rasa segar gila.

Masuk je park, terus rasa macam berada dalam dokumentari National Geographic. Mula-mula cari Big Five, dan sepanjang hari tu memang tak putus-putus tengok haiwan liar, gajah, badak, singa dan leopard.

Selain Big Five, banyak lagi wildlife lain, zebra, antelope, flamingo, hyena dan banyak lagi. Lepas seharian explore dalam taman safari terbesar dunia, kita balik ke Mbombela dengan badan penat tapi hati puas.

DAY 10

Hari ni bergerak ke Pretoria, ibu negara Afrika Selatan. Destinasi pertama, Union Buildings—bangunan besar dengan taman luas yang cantik gila.

Jalan-jalan kat sini sambil tengok Nelson Mandela Statue, rasa macam dapat dekat dengan sejarah dan semangat negara ni. Park sekeliling pun cantik, sesuai je untuk berhenti rehat dan ambil gambar.

Lepas tu, terus ke Johannesburg, bandar paling besar dekat sini. Singgah Nelson Mandela Square, tak boleh lepaskan peluang ambil gambar dengan patung iconic dia. Kemudian jalan-jalan kat Sandton City Mall, shopping dan cuci mata sikit sebelum balik hotel.

DAY 11

Hari terakhir di Afrika Selatan tiba. Kita akan bergerak ke Johannesburg Airport (JNB). Sampai di airport, urusan check-in dan bagasi berjalan lancar, sambil menunggu waktu berlepas ke Kuala Lumpur. Pesawat mula bergerak meninggalkan tanah Afrika, dan aku duduk sambil imbas balik semua memori sepanjang trip, safari, pantai, bandar, dan gunung. Pengembaraan ni memang satu pengalaman yang sukar nak dilupakan.

DAY 12

9 Malam dijangka tiba di KLIA Internasional Airport dengan perasaan gembira dan puas hati. Sambil tunggu bagasi keluar, aku tersenyum mengimbau semua pengalaman—dari pantai tropika, safari Big Five, pemandangan epik Cape Town, hingga vibe bandar Johannesburg. Perjalanan ni memang penuh pengembaraan, memori dan cerita yang tak akan dilupakan.

Apa yang TERMASUK dalam trip ?

1) Penerbangan Domestik

2) Pengangkutan Darat
- Perjalanan menggunakan MPV
- Caj penggunaan kenderaan termasuk insurans & minyak
- Tol & bayaran tempat letak kereta
- Pemandu & Travel Assistant(satu kru ditugaskan untuk setiap kenderaan)

3) Penginapan & Makanan
- 10 malam di hotel (sehingga 3 bintang) & penginapan selesa
10x sarapan disediakan

4) Pengangkutan Lapangan Terbang (mengikut jadual)
- Dari Lapangan Terbang Mauritius (MRU) pada Hari 02 (04.30 PM)
- Ke Lapangan Terbang Johannesburg (JNB) pada Hari 10 (10.00 AM)

5) Complimentary Offers:
- Taman Botani Pamplemousses
- Semua tarikan di Panorama Route
- Koloni Penguin Stony Point
- Safari Taman Negara Kruger (Yuran Masuk & Lawatan)
- Gua Cango (Yuran Masuk & Lawatan)

Apa yang TAK TERMASUK dalam trip ?

1) Makan Tengah Hari & Makan Malam

2) Insurans Perjalanan

3) Sebarang Tambahan Penerbangan (yuran tempat duduk, makanan, comfort kit, dsb.)

4) Sebarang Tip & Hadiah kepada pemandu, jurupandu & pembantu perjalanan

5) Semua perkara lain yang tidak dinyatakan dalam bahagian “Termasuk Dalam Pakej” di atas

people on beach shore

BERMINAT NAK “JOIN”?

NAK “LOCK” SLOT?

DAH “READY” NAK TERBANG?

!!! SEKEJAP !!!

Jemput baca
PENGALAMAN
peserta trip yang lepas,

“Trip ini lancar, transport dan penginapan memuaskan. Sightseeing di Panorama Route dan Cango Caves sangat menarik. Amirul selalu memastikan kami tak tertinggal apa-apa. Rating 4/5 kerana ingin sedikit masa lebih di Hermanus.”

AIN YUNUS

Close-up of a majestic lion during a safari in Kruger National Park at sunset.
Close-up of a majestic lion during a safari in Kruger National Park at sunset.

★★★★★

“Trip ini memang terbaik! Itinerary lengkap dan masa di setiap lokasi sangat teratur. Tour leader Amirul sangat mesra dan membantu, sentiasa pastikan semua peserta selesa. Pemandangan di Kruger Safari memang tak dapat dilupakan. Sangat puas hati!”

ALICE PRIMUS

two grey elephants on grass plains during sunset
two grey elephants on grass plains during sunset

★★★★★

Perjalanan lancar dan penginapan selesa. Saya suka cara Amirul beri penerangan setiap destinasi, penuh info dan menarik. Cuma harap ada sedikit masa lebih untuk membeli belah di Port Louis.”

ANI RAZAK

rhinoceros walking near white wall
rhinoceros walking near white wall

★★★★★

“Pengalaman pertama ke Afrika & Mauritius sangat berharga. Semua lokasi cantik dan tersusun. Amirul sebagai tour leader sangat profesional dan friendly, selalu pastikan semua ok. Sangat recommended!”

JULITA KAUSAI

Cape buffalo with large curved horns in grassy field.
Cape buffalo with large curved horns in grassy field.

★★★★★

“Pemandangan di Table Mountain dan Garden Route sangat mengagumkan! Makanan tempatan sedap. Tour leader Amirul sentiasa sedia membantu, menjawab semua pertanyaan dengan sabar. Rating 4.5/5 sebab ingin lebih masa untuk whale watching.”

HAMIDAH MAHMUD

Tiger animal
Tiger animal

★★★★★

“Kruger Safari memang highlight trip ini! Amirul sangat proaktif, selamatkan kami dari sebarang kekeliruan dan pastikan semua berjalan lancar. Hotel & transport semua tip-top. Memang puas hati.”

SUZAINA SAPIAN

selective focus photography of hyena standing on brown grass during daytime
selective focus photography of hyena standing on brown grass during daytime

★★★★★

TEKAN "TEXT" DIBAWAH,
MIRUL AKAN BANTU KORANG DARI AWAL SAMPAI AKHIR